Seorang pengguna Facebook dengan nama Munir Khalik sebelum ini mendakwa bahawa kerajaan Arab Saudi telah meletakkan sebuah patung berhala berwarna biru di tengah-tengah padang pasir Al Ula, lokasi yang dikatakan terbinanya Kota Neom.

Dakwaan ini tular di Facebook sejak Sabtu, 28 Mei yang lalu dengan dakwaan itu dikongsi lebih 1,000 pengguna sosial media.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di bahagian komen pula, terdapat pelbagai kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Arab Saudi yang dilaporkan telah ‘menyimpang’ dari ajaran Islam yang sebenar.

Tidak pasti adakah Munir sengaja menyampaikan berita yang salah atau beliau tidak melakukan kaji selidik terlebih dahulu, namun The Vocket dapat mengesahkan bahawa ini bukanlah patung berhala seperti yang didakwa oleh Munir dan dipercayai oleh orang ramai.

Pameran Seni

Untuk pengetahuan anda, patung biru yang menggambarkan seorang wanita sedang duduk bertapa di tengah-tengah padang pasir ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pameran seni kontemporari Desert X yang diadakan di Lembah Coachella, Al Ula.

Menurut laporan Emirates Woman, acara ini berlangsung pada Mac tahun 2020 dan disertai oleh artis daripada pelbagai latar belakang.

Art Center

Patung berwarna biru ini dihasilkan oleh artis dari Amerika yang bernama Lita Albuquerque. Beliau menamakan karya patung berwarna biru ini dengan nama NAJMA yang bermaksud bintang dalam bahasa Arab dengan frasa ‘dia meletakkan seribu matahari di atas lapisan telus angkasa.

Ketika ditemubual oleh Emirates Woman, Lita memberitahu bahawa sepanjang membesar di Tunisia, di sekitar Biara Katolik di Carthage. Persekitaraan tersebut telah memberi beliau inspirasi dalam menghasilkan kerja seni.

“Segala-galanya mengenai keberadaan di sana mempengaruhi amalan seni saya: gerak angin dan orang; warna merah, biru dan emas yang terdapat dalam ikon agama Kristian dan dalam seni Islam.

Art Center

“Kesenian Islam yang terdapat dalam seni khat dan seni bina di sekeliling saya. Bunyi muzik seperti Oum Khalsum bercampur dengan angin yang datang dari pantai.

“Rasa puisi; sambungan ke Bumi, ke pasir, ke batu dan bintang. Meninggalkan Tunisia pada usia muda juga mempengaruhi amalan saya, ia membuatkan saya mempersoalkan identiti, dan siapa kita berhubung dengan lokasi dan penempatan di kawasan ini dan di alam semesta,” katanya.

Ketika diminta untuk mengulas mengapa beliau memilih warna biru, Lita memberitahu bahawa biru adalah simbol kepada lautan Mediterranean yang luas dan mewakili seni bina bandar Sidi Bou Said tempat di mana dia dibesarkan. Ia juga mewakili hubungan di antara langit dan bumi.

Selain patung warna biru yang dibina oleh Lita, ada juga beberapa pameran arca lain yang dipaparkan di sana pada masa itu. Ia selamat dikatakan bahawa apa yang ditularkan oleh Munir Khalik jelas jauh menyimpang daripada fakta yang sebenarnya.

Putera Mahkota Saudi kena ‘main’, beli lukisan palsu dipercayai milik da Vinci pada harga RM2 bilion. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal

Pertama Kali Dalam Sejarah, Pesawat Israel Berjaya Mendarat Di Tanah Arab Saudi