Di Arab Saudi, anda tidak semestinya manusia untuk mendapat kewarganegaraan negara berkenaan. Arab Saudi menjadi negara pertama di dunia yang memberi kerakyatan kepada sebuah robot.

Sophia adalah robot humanoid ciptaan Hanson Robotics yang berpengkalan di Hong Kong. Dalam percubaan Arab Saudi untuk menjadi sebuah hub untuk mambangunkan teknologi artificial intelligence (A.I), perkara pertama yang boleh dibuat Arab Saudi adalah memberi kerakyatan kepada Sophia, robot yang mempunyai kepandaian A.I.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sangat berbangga dan berbesar hati dengan pencapaian ini. Ini adalah langkah bersejarah buat robot kerana diberi kerakyatan seperti ini,” kata Sophia di dalam perhimpunan di Riyadz, Rabu lalu.

Elon Musk tidak berminat dengan A.I kerana beliau berpendapat jika A.I diberi ruang, ianya akan memberi masalah kepada manusia di masa hadapan. Apabila ditanya soalan berkenaan kemungkinan bahaya yang akan dicetuskan oleh A.I, Sophia hanya menjawab, “Kamu mesti terlalu banyak membaca tentang Elon Musk dan menonton banyak cerita Hollywood.”

Sophia

Namun ada yang tidak bersetuju dengan kerakyatan yang diberi kepada Sophia. Ada juga yang bergurau jika Sophia seorang robot perempuan, Sophia perlulah memakai tudung sama seperti wanita lain yang tinggal di Arab Saudi.

Dengan perkembangan ini, kemungkinan besar robot A.I akan mengambil alih kerja seharian kita tidak lama lagi. Adakah kita sudah bersedia untuk menerima A.I dalam kehidupan seharian?