Arab Saudi merancang untuk membina pusat banggunan sepanjang 75 batu (120km) dengan nilai sebanyak $1 trilion yang bakal membelah padang pasir dan berdiri lebih tinggi daripada bangunan Empire State.

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (MBS) mengumumkan pada Januari lalu bahawa projek pencakar langit yang dipanggil ‘Mirror Line’ akan menjadi sebahagian daripada bandar padang pasir Neom – saiznya akan melebihi separuh kawasan Jambi (27,363 km²)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengumuman itu dibuat selepas MBS berkata negaranya kini sedang merancangan untuk membina sebuah projek yang ikonik dan abadi yang setara dengan Piramid Mesir.

Mirror Line akan terdiri daripada dua bangunan setinggi 1,600 kaki (488 meter) selari antara satu sama lain merentasi 75 batu padang pasir, landskap pantai dan kawasan gunung.

Putera MBS telah mendakwa dia mahu Mirror Line siap menjelang 2030, walaupun jurutera berkata ia akan mengambil masa 50 tahun untuk dibina kerana bangunan itu terlalu panjang sehingga ia perlu mengambil kira kelengkungan Bumi.

Apabila siap sepenuhnya, bangunan pencakar langit baharu Arab Saudi akan terbentang dari Teluk Aqaba, melalui kawasan pergunungan dan kemudian memanjang di sepanjang pantai menjadi ‘aerotropolis’ padang pasir, lapor Wall Street Journal.

Projek trilion dolar itu, yang merangkumi hampir jarak Kuala Lumpur-Sungkai, dijangka akan menempatkan lima juta penduduk dengan kemudahan seperti kereta api berkelajuan tinggi, kawasan pejalan kaki dan dikuasakan oleh teknologi kitar semula.

Bagaimanapun, pelabur asing masih ragu-ragu dengan cita-cita tinggis MBS dan sebahagian negara terus memboikot Arab Saudi atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Salman juga pernah dituduh mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, tetapi telah menafikan dakwaan tersebut.

Selain itu, orang ramai menyuarakan keraguan dengan mempersoalkan sama ada projek yang direka itu terlalu bercita-cita tinggi dan hanya untuk menunjukkan-nunjuk.

Arab Saudi sebelum ini membatalkan rancangan untuk membina bangunan pencakar langit – bakal menjadi yang tertinggi di dunia – selepas gagal untuk menyakinkan pelabur untuk membiaya projek tersebut.

Bandar Neom ini juga berdepan kritikan hak asasi manusia, apabila ia diumumkan selepas ada beberapa puak yang diusir secara paksa dari kawasan itu. Manakala pasukan keselamatan pula dituduh menghalau mereka sehingga menembak mati seorang penduduk.

Cubaan Mohammed bin Salman untuk bawa Arab Saudi ke arah lebih terbuka dan liberal. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Lebih Terbuka Dan Liberal

Arab Saudi Rayakan ‘Valentine’, Tawar Pelbagai Promosi Hadiah Sempena Hari Kekasih

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah