Sebut mengenai Arab Saudi, pastinya ramai sedia maklum dengan kekayaan negaranya serta pemimpin mereka yang hidup dengan penuh mewah. Memiliki jumlah dana yang besar membolehkan negara ini membina dan menghasilkan pelbagai fasiliti buat dalam negara.

Terbaharu, Arab Saudi dilaporkan mahu meningkatkan jumlah industri yang diceburi dengan melabur sebanyak $1 bilion (RM4.4 bilion) setahun kepada sebuah syarikat gaming tersohor dalam mengkaji bidang anti penuaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: sputnik news

Dinamakan sebagai Hevolution Foundation, organisasi ini dibentuk dalam mengkaji biologi di sebalik penuaan serta mencari solusi bagi memanjangkan jangka hayat manusia untuk dapat kekal sihat. Meskipun belum dibincangkan dengan lebih lanjut, pelaburan ini sudah berjaya menjadi antara dana kajian tertinggi ketika ini.

Langkah yang mahu dicuba organisasi ini adalah melambatkan proses penuaan bagi seseorang manusia serta mengurangkan risiko seseorang menerima pelbagai penyakit seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Difahamkan purata umur manusia di Arab Saudi pada ketika ini adalah 31 tahun namun kehidupan yang tidak teratur membuatkan kadar obesiti dan diabetis di kalangan rakyat menjadi semakin serius.

Setakat ini, bukan sahaja Arab Saudi yang berminat dengan teknologi anti penuaan, malah Jeff Bezos selaku pengasas Amazon antara yang serius dengan teknologi ini.

Tular pada hari ini apabila Justin Bieber memaklumkan diserang sindrom ‘Ramsay Hunt’ yang sekaligus menjadi tanda tanya kepada konsert World Tour yang bakal berlangsung di Malaysia Oktober ini.

Diserang Sindrom ‘Ramsay Hunt’, World Tour Justin Bieber Di Malaysia Mungkin Dibatalkan?

Pawang Dakwa Dapat Lihat Dan Lukis Individu Sihir Ustaz Kazim Undang Perdebatan Netizen