Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat muslim di Malaysia bakal mendapat tambahan 10,000 kuota rasmi haji setelah kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menambah kemasukan jemaah haji dari negara ini.

“Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.

Sebelum ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600, manakala tahun-tahun sebelum ini jumlahnya adalah 30,200. Kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

Tambah Muhyiddin lagi, Putera Mahkota juga memaklumkan bahawa kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran bagi menambah jumlah haji dan umrah.

Untuk rekod, pertemuan di antara Perdana Menteri dan Putera Mahkota berlangsung selama 90 minit. Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi.

Golongan antivaksin kurang senang dengan syarat terbaru Arab Saudi ke atas Jemaah Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Golongan Antivaksin Kurang Senang Dengan Syarat Terbaru Arab Saudi Ke Atas Jemaah Haji

Sumber