Selain berlakon, minat Keanu Reeves adalah pada motorsikal. Arch Motorcycle adalah idea beliau bersama co-founder jenama ini, Gard Hollinger. Pada mulanya, mereka cuma ingin membuat projek custom Harley-Davidson namun secara perlahan-lahan, mereka mula membina model baharu dan cipta jenama tersendiri, Arch Motorcycle.

Ketika ini, setiap model motorsikal Arch dipasang dengan tangan sepenuhnya dan mereka mahu biarkan begitu buat masa ini. Mereka belum mahu lagi menjadi mainstream dan setiap motorsikal adalah berdasarkan tempahan. terdapat 3 rekaan yang boleh dipilih mengikut citarasa pembeli dan mereka boleh melihatnya dengan sistem virtual realiti (VR). Hebat juga approach mereka untuk menjual motorsikal ini.

Harap-harap dalam John Wick 3 nanti, Keanu Reeves akan menunggang salah satu model Arch Motorcycle dalam filem itu nanti. Bertambah lagi sebab kenapa Keanu Reeves ini antara aktor Hollywood paling cool dan handsome. Sebab ianya handmade, harga permulaan untuk membuat tempahan bermula dengan USD78,000 (lebih kurang RM327,000).