Peminat Arctic Monkeys nampaknya sudah cukup bersedia untuk menantikan album keenam ini setelah hampir 5 tahun penantian selepas album ‘AM’ pada 2013 yang lalu. Pengumuman ini disampaikan melalui video yang dimuat naik di Youtube yang menunjukkan nama album dan artwork dari album tersebut.

Album ini dijadualkan akan menemui peminat pada 11 Mei nanti. Arctic Monkeys juga bakal mengadakan jelajah seperti yang dijadualkan pada laman web mereka. Rata-rata tiket bagi tarikh yang telah dijadualkan sudah habis terjual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AM CD

Pre-order album boleh didapati melalui laman web rasmi Arctic Monkeys, Spotify, iTunes dan Apple Music. Mampukah Arctic Monkeys menarik perhatian peminat mereka sepertimana album sebelum ini?