Arkitek terkenal Arata Isozaki dari Jepun baru-baru ini telah diberikan penghargaan ‘Pritzker Architecture Prize’ atau lebih dikenali sebagai ‘Noble Prize of Architecture’. Antara hasil karya beliau yang ikonik dizahirkan dalam reka bentuk unik bangunan Muzium Seni Kontemporari Los Angeles yang berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga kini.

Pengalaman dan kreativi dalam memperkenalkan idea dan keunikan yang seiring dengan perkembangan zaman telah melayakkan beliau menerima anugerah tersebut pada 5 Mac yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

location_landscape

Japanese-architect-Arata-Isozaki

Menurut para juri, reka bina yang diperkenalkan oleh Arata Isozaki sentiasa keterhadapan dan berubah mengikut kehendak perkembangan semasa membuatkan Arata sebagai individu yang tepat untuk menerima penghargaan tertinggi dalam bidang seni bina tersebut.

Antara bangunan ikonik beliau yang tersergam indah hingga hari ini ialah Nara Centennial Hall, Muzium Kesenian Pembandaran Kitakyushu, Art Tower Mito di Jepun, Palau Sant Jordi di Barcelona, Muzium Sains Domus di Sepanyol, Pusat Konvensyen Qatar dan tapak konsert Ark Nova.