Sebut mengenai Energizer pastinya ramai yang akan ingat dengan jaringan produk bateri yang cukup sinonim dengan jenama ini. Menawarkan bateri yang berkualiti tinggi membuatkan jenama ini kekal releven sehingga ke hari ini.

Terbaharu, dalam usaha untuk meningkatkan jaringan produk, Energizer Malaysia pada hari ini telah melancarkan beberapa produk di bawah nama Armor All® yang memfokuskan kepada produk penjagaan kereta yang berkualiti tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan penawaran Armor All membolehkan pengguna memastikan kereta kekal bersih dan kilat semudah DIY sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna tidak lagi perlu ke kedai dan boleh melakukannya secara sendirian.

Antara produk yang ditawarkan terdiri daripada produk bahagian luar, tayar, cermin dan tempat duduk buatan kulit. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan jaringan produk di bawah Energizer Malaysia ini, anda boleh dapatkannya di semua cawangan Lotus’ dan pasar raya terpilih.

Untuk pengetahuan, Energizer Holdings selaku syarikat induk Energizer Malaysia, telah memperoleh jenama Armor All® pada tahun 2018.

Mengulas mengenai Armor All®, Energizer Malaysia menjanjikan lebih banyak produk yang bakal ditawarkan buat pengguna Malaysia dalam tempoh 6 hingga 9 bulan akan datang. Ketahui lebih lanjut mengenai Armor All® dengan layari laman rasmi mereka dengan klik di sini.

Ketahui juga dengan lebih lanjut mengenai dashcam canggih yang tampak seperti Jarvis dalam filem Iron Man ini.

Seperti ‘Jarvis’ Dalam Filem Iron Man, Dashcam Canggih Ini Curi Tumpuan Netizen

Berbahaya Dan Kurang Ciri Keselamatan, Netizen Tegur Pengunaan Basikal ‘EUC’ Di Lebuh Raya