Sebelum ini, tular video puluhan ribu warga Afghanistan terburu-buru meninggalkan kawasan kediaman mereka sejak Taliban mula menakluk beberapa wilayah.

Dalam laporan JTBC, sebuah stesen media di Korea Selatan telah menemu bual seorang remaja perempuan di Afghanistan untuk mengetahui situasi di sana dan juga beberapa penduduk di Kabul. Menerusi wawancara tersebut, remaja perempuan itu mengatakan mereka bimbang dan takut akan keselamatan nyawa mereka disebabkan Taliban.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Tambahnya, sejak Taliban berkuasa, mereka sudah tidak lagi mendengar alunan muzik yang sering didengari di jalanraya dan hanya mendengar muzik pelik Taliban sepanjang hari. Ini kerana, Taliban tidak membenarkan warga Afghanistan mendengar muzik arus perdana.

Lantaran itu, situasi memaksa mereka terutama sekali peminat BTS untuk menyembunyikan atau bakar gambar dan album BTS kerana takut akan Taliban. Selain itu, ada juga penduduk mengatakan takut dan terkejut sejak Taliban tiba. Malah, dirinya juga ketakutan apabila mendengar Taliban menculik gadis-gadis dan disebabkan itu dia hanya duduk di rumah.

Remaja perempuan tersebut juga merayu agar komuniti antarabangsa tidak akan meninggalkan Afghanistan dan melakukan sesuatu daripada hanya memerhatikan keadaan.

Dengan kejayaan penaklukan Kabul dan beberapa wilayah lain, Taliban telah mengisytiharkan berakhirnya perang di Afghanistan. Taliban turut memberi jaminan bahawa tidak akan ada mana-mana agensi diplomatik yang menjadi sasaran serta berjanji untuk memberi keselamatan kepada semua warganegara Afghanistan.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Taliban pada pautan di bawah ini.

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana

Anda Mungkin Suka