Awas,renungan Arshad ini bisa membuat para gadis tidak keruan! Itulah yang terjadi kini buat pembuat teh dari Pakistan ini, Arshad. Beliau tiba-tiba menjadi sebutan penduduk di Pakistan dan India apabila gambar beliau dengan renungan tajam ini viral di media sosial.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Gambar Arshad dirakam oleh jurugambar Jiah Ali, yang berada di Islamabad. Jiah merakam gambar Arshad sedang membuat teh di salah satu Bazzar di Pakistan dan gambar itu kini mempunyai 14 ribu likes dengan lebih 2000 komen untuk gambar itu sahaja. Arshad hebat sebab berjaya membuat misai menjadi sesuatu yang cool kembali.

Gambar Arshad ini terus trending di merata dunia; dari India ke London. Tiba-tiba penduduk di London sangat berminat dengan perkataan #ChaiWala disebabkan Arshad. Beliau kemudiaannya ditemuramah oleh Samaa TV dan beliau memberitahu beliau berasal dari Khyber Pakhtunkwa, Pakistan dan mempunyai 18 orang adik beradik.

#chaiwala Ladies I found him!

A photo posted by Jiah Ali (@jiah_ali) on

Beliau juga memberitahu, sejak gambarnya viral di Instagram, beliau mendapati peningkatan dari segi bilangan pengunjung ke kedainya terutamanya gadis. Beliau anggarkan antara 40 hingga 50 orang gadis melawat kedainya untuk membeli teh yang hasil tangan Arshad. Amboi.

Tanpa diduga, Arshad turut menerima tawaran untuk menjadi model. Kisah Arshad ini kini menjadi bualan ramai di mana Arshad berjaya memecahkan tembok perbezaan kasta di Pakistan dan India. Arshad dianggap hero masyarakat kelas bawahan kerana golongan bawahan ini selalunya tidak diambil peduli oleh orang ramai pun tetapi tidak buat Arshad.

Walaupun Arshad hanyalah pembuat chaiwala di Pakistan, namun itu bukan halangan untuk beliau mengambil peluang yang ada untuk mengubah masa hadapannya. Jadi kalau anda mahu jumpa jodoh seperti Arshad, rajin-rajinlah ke mamak berdekatan. Manalah tahu tukang buat air di kawasan anda nanti sekacak Arshad. Selamat minum teh semua!

Anda Mungkin Suka