Seorang adik telah mesej inbox FB The Vocket berserta dengan satu link album gambar dengan niat mahu berkongsi kisah kakaknya yang kreatif. Apabila saya lihat gambar-gambar kreativiti itu, terus saya teringat akan siri rancangan TV, Art Attack.

Setelah bertanya sendiri kepada tuan empunya diri, Puan Iefa Ridza Bajunid, dia memanggil hasil seni ini sebagai ‘baby art’ dan dia menceritakan bagaimana ini semua bermula:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sara 02

“Alhamdulillah saya telah dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Sara Ashraf Zaher Tantish pada 1 Disember 2015 setelah hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Gaza, Palestine.

Dua Bulan sebelum “due date” saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari kerja setelah dinasihati oleh suami saya dan mendapat sokongan kawan-kawan.

InsyaAllah saya yakin keputusan yang dibuat adalah tepat sekali walaupun saya seorang yang workaholic dan sangat menyayangi kerjaya saya sebagai Arkitek Landskap dan pernah ditawarkan menjadi Partner di sebuah Syarikat Landskap.

Pada suatu hari saya berasa sedih disebabkan duduk terperap di rumah, tak dapat lagi berjumpa kawan-kawan seperti dulu, tak dapat melakukan design landskap dan macam-macam lagi.

Saya seorang yang tak reti duduk diam, yakni suka melakukan macam-macam perkara yang melibatkan kreativiti. Tetiba saya terpandang kain-kain yang mengunung belum sempat dilipat lagi, saya pun terfikir untuk menghasilkan ‘baby art’ menggunakan kain-kain dan tudung serta barangan rumah.

Tetiba saya rasa seronok pula menghasilkan baby art ni, sekurang-kurangnya terubat jugalah rindu nak mendesain dan masyaAllah terhibur melihat aksi-aksi Sara yang comel.”

sara 01

Menurut Puan Iefa lagi, dia rajin join pertandingan dengan menghantar gambar Sara yang menarik. Dan duo ibu dan anak ini telah memenangi beberapa pertandingan. Antara yang pernah disertai ialah Twinsbaby Contest, Little Monster, dan Tollyjoy Malaysia.

baby 01

baby 02

baby 03

baby 04

baby 05

baby 06

baby 07

baby 08

baby 09

baby 10

baby 11

baby 12

baby 13

baby 14

baby 15