Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pameran kereta dan motor kustom kembali tahun ini pada 29 dan 30 Julai di Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dan khabarnya, ianya lebih mantap berbanding tahun lalu.

Pada yang mungkin terlepas peluang untuk hadir ke pameran Art Of Speed tahun lalu, tahun ini anda perlu pergi kerana anda akan disajikan dengan pelbagai kereta dan motosikal kustom yang awesome semuanya. Kalau anda ada motosikal atau kereta vintaj yang ingin di restore, anda boleh datang untuk cari inspirasi di sini.

Pelbagai jenama terkenal dalam dunia kustom akan turut serta dalam Art Of Speed 2017 antaranya Mooneyes, Honda, Triumph, Harley-Davidson, Riders Garage, Mutha Puaka dan banyak lagi. Lebih 50 booth akan dibuka di sini nanti.

Art Of Speed

Buat kaki Hot Wheels, akan ada life size kereta Hot Wheels yang akan dipamerkan serta akan dijual model rare yang susah dapat di Malaysia. Acara lelongan kereta dan motosikal juga akan berlangsung sepanjang 2 hari Art of Speed di MAEPS ini.

Jadi kalau anda tak ada apa nak buat hujung minggu ini, jangan lupa ajak rakan untuk terjah MAEPS untuk bersama-sama meriahkan acara ini. Owh, ada juga persembahan band tempatan seperti Oh Chentaku dan Hujan untuk hiburkan anda di sana. Anda mesti rambang mata nanti. Mari!

Konsert Penutup #AOS2017 mempersembahkan @hujanband ⚡️Jumpa sana!!! . Pastikan korang datang beramai-ramai seawal 10pagi hingga 7 petang kerana pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk: . The 6th Annual Art Of Speed Malaysia 29 & 30 July 2017 10:00am ~ 7:00pm MAEPS SERDANG MALAYSIA . . Meet & Great @hotwheelsofficial King Of Gap @vansmyofficial Meet & Greet Custom Legends @artofspeedmy . Invitational Build-Off 2017 Powered by @petronasbrands Stunt/Demo Show & #GayaKami by @hondamotorcycle_my . Testride @kawasakimalaysia @ducati_my @scramblerducati @cervellotres @am3bike JPJ Drift Taxi . LIVE Music by @xohchentakux @kugiranmasdo @balokpeople @thepilgrimsrock Limited Edition @hausboom . . Soapbox Show & GO! MotoCircus Gallery Workshop by @thesalinasboy Photo Exhibit by @chopperdaves 200++ Show & Community Custom & Classic Rides! Memorabilia auction . FREE Milo, Maggi, Nescafe and SO MUCH MORE!!! . #roadtoaos2017 #aos2017 #jiwakustom #artofspeedmy #malaysia

A post shared by ⚡️Jiwa Kustom ⚡️#ArtOfSpeedMY (@artofspeedmy) on