Pada yang mungkin terlepas peluang untuk hadir ke pameran Art Of Speed tahun lalu, tahun ini anda perlu ke Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 28 dan 29 Julai ini kerana anda akan disajikan dengan pelbagai kereta dan motosikal kustom yang awesome semuanya.

Untuk AOS edisi 2018, anda berpeluang untuk bertemu pembina serta orang kuat dalam bidang kostum antarabangsa antaranya James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III (Trico), Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. (Dice Magazine) , Mark Arcenal (Illest/Fatlace), Nau Shima dan Yuki Hitomi (Tokyo Indians MC), Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” (MOONEYES) dan ramai lagi.

Since 2013, @ssss_521_ssss the owner of MOONEYES & Pinstripe Legend Hiro “Wildman” Ishii from MOONEYES Sign & Painting Studio has visited our show every year inspiring so many with their unequalled passion for Customs & Kustom Kulture. We are honored to have them both once again this year⚡️ . MQQNBUG & MQQN DIGGER will be on display for the weekend! . Photo @thegaspolcom . . Roll-in show at 11:30am, Saturday 28th July 2018! . The 7th Annual Art Of Speed Malaysia Powered by @petronasbrands 28 & 29 July 2018 MAEPS Serdang 10:00am ~ 7:00pm MALAYSIA . General Admission ~ RM15.00 WEEKEND TICKET (11.00am – 7:00pm) Speed Lane ~ RM30.00 EARLY ENTRANCE WEEKEND TICKET (10.00am – 7:00pm) 12 years old & below ~ FREE ENTRANCE . Ticketing details out soon! . #aos2018 #artofspeedmy #revolusikustom #malaysia @ Art of Speed Malaysia

A post shared by ⚡️REVOLUSI KUSTOM⚡️ (@artofspeedmy) on

Menjadi tradisi AOS untuk menghasilkan Hot Wheels edisi khas sempena AOS. Juga sempena ulang tahun ke-50 Hot Wheels, AOS dan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels telah menghasilkan model ‘Car Culture 2019’ dengan kerjasama Porsche RWB. Model edisi khas RWB Porsche 911 skala sebenar akan dipertontonkan serta model Hot Wheels ini juga akan dijual kepada pengunjung!

What’s in the Only 120 cans existed in the world for the launch of RWB x HW event, 50th Ts, RWB decals pack, RWB comfort socks and some surprises on few cans courtesy of the geniuses from HW, from what I know …. some autographs from HW legends . . Only at @artofspeedmy this weekend, The unequal automotive influencer in South East Asia

A post shared by RAUH-Welt Begriff (@christiancoujin) on

Antara tarikan baharu AOS ini adalah dengan adanya pameran Hail Vintage 2018 yang akan menampilkan pameran denim vintaj dari tahun 1870 dan koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran ini juga akan menganjurkan pasar vintaj dan koleksi yang berharga.

Para skaters juga tidak dilupakan kerana Vans turut akan menjalankan HOUSE OF VANS Skateboard & pertandingan BMX serta bengkel seni akan menjadi bahagian yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk mereka yang sentiasa muda di hati. Padin Musa pun ada di sana nanti!

Tidak ada sebab untuk tidak mengunjungi AOS 2018 hujung minggu ini atau anda akan menyesal. jangan lupa ajak rakan untuk terjah MAEPS untuk bersama-sama meriahkan acara ini. Owh, ada juga persembahan band tempatan seperti Toko Kilat, Plague Of Happiness dan BITTERSWEET untuk hiburkan anda di sana. Anda mesti rambang mata nanti. Mari!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group