Bagi peminat sukan permotoran tanah air, anda sudah pasti cukup kenal dengan ‘Art Of Speed’ (AOS), satu acara gabungan lifestyle serta custom-made kereta dan motosikal yang ‘menyatukan’ pelbagai masyarakat dari dalam dan luar negara.

Selepas dua tahun tidak dianjurkan, pada tahun ini AOS kembali semula dengan pelbagai aktiviti menarik. Lebih-lebih lagi tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-10 penganjurannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AOS 2022 mendapat sokongan penuh daripada Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik serta antarabangsa.

Berikut ada 6 benda utama yang anda tidak boleh lepaskan semasa acara berlangsung pada kedua-dua hari; 2 dan 3 Julai ini.

1. Kehadiran komuniti kustom dan media antarabangsa

Dari Kiri: Emi Suganuma (MOONEYES), Dino Dalle Carbonare (SPEEDHUNTING) dan Aekalak Kitdusitpong (AKARA)

Sejak awal penganjuran AOS lagi, acara ini bukan sahaja mencuri perhatian warga tempatan, bahkan ia juga berjaya menarik peminat-peminat lifestyle serta custom-made dari luar negara untuk turut serta dalam memeriahkannya.

Antara nama-nama besar dalam scene international yang bakal bersama dengan pengunjung semasa acara itu nanti ialah Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.comYasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes MagazineIrvine Jasta dan Fahmi dari Freeflow, serta ramai lagi.

2. Jelajah Hot Wheels Legends bersaiz sebenar

Sumber Gambar: Facebook Art Of Speed Malaysia

Bagi peminat Hot Wheels, Monster Truck Bone Shaker berskala 1:1 akan berada di tapak acara AOS 2022. Peserta tahun ini terdiri daripada pembina khas dan pengubahsuai kereta dari rantau Asia Pasifik dan Malaysia, pemenang akan ‘diumumkan’ melalui transformasi menjadi salah satu model unik untuk kereta diecast Hot Wheels.

Manakala collector diecast pula tidak boleh lepaskan peluang untuk membawa pulang Nissan Skyline GT-R R32 dan poster rekaan khas secara percuma yang ditandatangani oleh pereka Mike McClone yang diberi kepercayaan sebagai pereka edisi Limited Edition ini.

3. Pameran kereta ‘rare’ di NEAT Fest oleh NoEqual.co

Dengar-dengar khabar berita ada pelbagai model kereta rare dari beberapa buah negara bakal dipamerkan dalam Garage Life khas buat para pengunjung di Dewan C.

Mungkin ini satu-satunya peluang untuk dapat melihat model-model kereta rare itu dalam sepanjang hidup para pengunjung. Agak-agak tahun ini kereta apa yang NoEqual.co bawakan kepada anda semua?

4. ‘Hail Vintage’ lebih besar dua kali ganda

Sumber Gambar: Facebook Art Of Speed Malaysia

Jika pada 2019, sebanyak 16 vendor telah memeriahkan Hail Vintage, tahun ini pula sebanyak 32 vendor terpilih dari serata negara bakal menampilkan pameran pakaian-pakaian vintaj.

Hail Vintage‘ edisi ke-3 ini dibawakan oleh Storezephyr di Dewan C dengan tema ‘Kids Vintage’ bersempena ulang tahun ke-10 Art of Speed Malaysia. Anda boleh singgah sama ada untuk ‘cuci mata’, tambah rakan baharu atau bawa pulang barangan vintaj kanak-kanak sekiranya ‘deal cantik‘ menjadi.

5. Festival ‘Outdoor Lifestyle’ dalam dewan berpenghawa dingin

Sumber Gambar: Facebook Art Of Speed Malaysia

Semenjak negara memasuki fasa endemik, ramai orang mula terjeremus dalam satu hobi yang kini menjadi satu trend, aktiviti outdoor. Hampir setiap minggu akan ada update aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh komuniti outdoor ini.

Jika anda seorang peminat aktiviti-aktiviti outdoor, bolehlah masuk ke Dewan D untuk melihat pelbagai vendor yang menawarkan koleksi gear perkhemahan, kayak, backpacking, kereta mini crawler dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga, minuman paling disukai ramai, kopi!

6. Kustom & Kopi Talk bersama NoEqual.co

Dari Kiri: Scott Johnson, Warren Heir Jr. dan Qhalis Najmi

Sepanjang dua tahun dunia dilanda wabak COVID-19, industri sukan permotoran telah berubah dan tidak sama seperti dahulu lagi. Banyak perkara yang pemain-pemain industri perlu duduk semeja untuk membincangkan hal-hal berkaitan.

Pada 2 Julai, Sabtu, Qhalis Najmi (NoEqual.co) akan mewawancara beberapa panel terkemuka dari luar negara seperti Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show dan Warren Heir Jr. (Flat Out Friday). Jadi ini peluang terbaik yang tidak boleh dilepaskan untuk mendapatkan input-input terkini.

Turut kembali pada acaara AOS kali ini ialah Sound Circus Festival yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air. Antara barisan artis yang akan memeriahkan festival itu adalah kumpulan Hujan sebagai persembahan utama.

Kumpulan itu juga akan dimeriahkan dengan band-band lain yang sama hebatnya seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M., Flop Poppy, Balok People dan ramai lagi.

Bagi anda yang masih belum dapatkan tiket, sama ada untuk acara Art Of Speed atau Sound Of Circus Festival atau kedua-duanya sekali, anda boleh dapatkannya sebelum ianya SOLD OUT di sini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Anda boleh lihat lagi kemeriahan acara Art Of Speed yang The Vocket pernah hadiri sebelum ini melalui pautan di bawah.

‘Art Of Speed 2017’ Kembali Dengan Lebih Mantap Hujung Minggu Ini

5 Sebab Untuk Anda Terjah ‘Art Of Speed 2019’ Hujung Minggu Ini

VLOCKET: Model Hot Wheels Skala Sebenar Di Art Of Speed 2019