Aizat Amdan, Noh Saleh, Faizal Tahir, Muadz Dzulkefly dan Mizz Nina baru-baru ini telah ke Jordan bagi menghanttar bantuan kepada pelarian Syria di sana.
Mereka juga mengadakan konsert amal untuk mendapatkan wang bantuan untuk pelarian Syria.
Konsert amal #1moment4them ini merupakan inisiatif Fatiha Shuib and Friends dan i4s. Berikut merupakan temubual eksklusif TheVocket bersama Pengurus Projek, Cik Fatiha Shuib;
Ketika artis-artis ini berada di sana, mereka dibawa melawat kem-kem pelarian, sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh pelajar Malaysia untuk pelarian Syria di sana dan juga mengadakan konsert amal.
Salah satu sekolah yang mereka lawati telahpun ditulis oleh tim Vocket sebelum ini iaitu Malaysian Arabian School, dan sekolah baru mereka kelolaan Malaysian Arabian Cultural Society dan Teach For The Needs for Syria.
Baca: Ini Sebabnya Mengapa Lelaki Ini Sanggup Mengajar Anak-Anak Syria Bahasa Melayu
Jadi, berikut merupakan komen-komen dari artis-artis yang berjiwa murni ini dan mereka menyeru kepada pembaca Vocket dan rakyat Malaysia untuk membantu usaha baik ini;
Jika anda berminat untuk memberikan bantuan kepada sekolah Malaysian Arabian School yang memberikan pendidikan percuma untuk anak-anak pelarian Syria, anda bolehlah membuat demikian kepada akaun yang tertera di bawah ini;
SALIKIYAH BINTI MOHD IDRIS
HSBC bank, No akaun : 304-518020-025
Amirul Ridzwan Bin Azman
CIMB bank, No akaun : 702-119-4479
Baca lagi: Kisah Disebalik Lelongan Kasut Faizal Tahir Untuk Pelarian Syria Di Jordan
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram