Masih ingat dengan patung kepala Cristiano Ronaldo yang viral tahun lalu? Artis di sebalik patung berkenaan, Emmaneul Santos menerusi dokumentari Bleacher Report mendapat ‘peluang kedua’ untuk menghasilkan versi terbaru patung Cristiano Ronaldo.

Dalam dokumentari berdurasi 10 minit ini, Emmanuel bercerita tentang perasaan beliau apabila dilempar dengan pelbagai kejian dan tohmahan kerana patung berkenaan yang dikhabarkan jauh daripada rupa Ronaldo yang sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada minit 2:52 dalam video ini, ada menunjukkan draf awal rekaan patung Ronaldo edisi yang pertama. Ianya sudah nampak seperti Ronaldo tetapi pihak Madeira Airport mahu beliau mengubahnya. Jadi karya akhir patung Ronaldo ini ianya bukan salah Emmanuel seratus peratus.

Namun, dalam dokumentari ini beliau membuktikan beliau mempunyai bakat yang hebat dalam menghasilkan patung diperbuat daripada gangsa. Itulah kehidupan. Jika anda buat sesuatu yang awesome, tiada orang akan ambil berat. Jika anda buat salah, anda pasti akan dikecam. Terus langkau ke minit 9:25 untuk melihat karya Emmanuel untuk versi kedua patung Cristiano ini.