Sejak beberapa minggu ini, tular di laman sosial apabila beberapa artis dan aktivis kemanusian memuat naik gambar dengan mata kiri tertutup.

Mereka menggunakan kain atau kapas putih untuk menutup mata sebelah kiri sambil disertakan dengan hashtag #muatheye

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini juga tular di laman sosial apabila agensi berita Palestin tampil ke siaran langsung dengan mata tertutup sebelah.

51574141495_TBPalestinian

Di Malaysia, golongan artis dan juga aktivis kemanusian tidak terlepas untuk memuat naik gambar sebagai tanda solidoriti kepada #muatheye.

Terbaharu, Heliza Helmi, penyanyi nasyid dikecam oleh seorang netizen apabila dituduh menunjukkan gaya seperti iluminasi selepas memuatnaik gambar tersebut.

Perkongsian foto itu juga mendapat perhatian beberapa netizen yang kurang peka dengan isu semasa dan keadaan saudara kita di Gaza.

Untuk netizen yang masih tidak jelas apakah rahsia disebalik #muatheye itu, di sini kami kongsikan dengan serba ringkas.

Ada apa dengan #muatheye?

Pada hari Jumaat, 15 November, seorang wartawan, Muath Amarneh meninggalkan rumahnya dengan memakai pakaian seragam wartawan dan helmet biru bagi membezakan dirinya dengan golongan demonstrasi yang menentang tentera Israel.

Siapa sangka, menjelang petang, Amarneh sendiri menjadi subjek utama berita hari itu. Para penunjuk perasaan bergegas membawa beliau ke hospital selepas tentera Israel mencederakan mata kirinya.

Sejak itu, Muath Amarneh kehilangan salah satu matanya dengan peluru getah yang ditembak oleh puak Israel.

Walau bagaimanapun, Muath Amarneh masih mempunyai simpati dan kasih sayang seluruh dunia yang menyokong dan bersolidoriti untuknya.

Seluruh dunia memuatnaik gambar mereka bersama-sama dengan satu mata terbuka manakala satu mata lagi tertutup bersama-sama dengan hashtag #muatheye.

Timbalan Editor Asing The National, Deck Moore memuatnaik di laman Twitter dengan menyatakan: Mata kebenaran tidak akan pernah dibutakan. Hari ini, puluhan wartawan Palestin melakukan protes mengenai insiden Muath Amarneh, yang kehilangan matanya.”

Di laman twitter milik Days of Palestine ; Israel melakukan yang terbaik untuk membungkam kebenaran, tetapi ini tidak akan berhasil. Kita semua adalah Moath dan kita akan menjadi matanya. Israel tidak boleh mencabut mata kebenaran.

https://twitter.com/DaysofPalestine/status/1196066614250287104?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1196066614250287104&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-dunia%2Fsolidariti-global-buat-jurugambar-palestin-kehilangan-mata-ditembak-yahudi-223061

Untuk rekod, Israel telah mencuba semua perkara untuk menghadkan kebebasan media di Palestin.

Negara bergolak itu berada di tangga ke 134 daripada 180 pada indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2018.

Berikut adalah cerita lain mengenai Palestin yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Model Terkenal Bella Hadid Demo Free Palestine Selepas Majlis Tag Heuer

4 Hari Misi Bantuan, Ini Apa Saya Belajar Tentang Susah Senang Pelarian Palestin

‘The Walled Off’ Hotel Di Palestin Dengan Karya Seni Yang Menyedihkan