Macam-macam perkara unik dan menarik boleh didapati di seluruh dunia. Jika anda ke Malmo, Sweden anda boleh jumpa beberapa kedai khas untuk tikus!

Ianya direka oleh AnonyMouse, seorang individu yang masih lagi tidak dikenali dan beliau berkongsi kedai rekaannya di laman Instagram. Setiap kedai tikus ini menjual produk-produk yang berlainan seperti kacang dan keju.

Rekaan untuk setiap kedai juga sangat terperinci. Kedai-kedai kecil ini dihiasi meja, lampu dan basikal kecil yang comel! Cuba bayangkan kalau tikus benar-benar naik basikal ini. Anda boleh tunggu karya akan datang Anonymouse di sini.

P/S : Ingat comel ke kalau nampak tikus naik basikal?

Anda Mungkin Suka