Ya memang benar ! Ini memang batu duit.

Asalnya batu ini biasa-biasa sahaja, tetapi seorang wanita Kanada bernama Elspeth McLean telah tidak sengaja menjadikan batu pantai ini sangat viral di Internet.

Beliau seorang artis seni yang mahir dalam seni Mandala, iaitu seni lukisan membulat yang membawa falsafah putaran kosmik bulan dan matahari. Lukisan titik kecil berwarna – warni pada batu pantai ini membuatkan mata anda terpaku merenungnya seolah-olah dihipnosis.

Hasil karyanya laris dijual dan tak cukup untuk menampung permintaan di laman Etsy, iaitu laman jualan kraftangan online yang amat popular di Amerika Syarikat.

Jom lihat lagi sentuhan magis Elspeth.

Anda ada hasil kraftangan yang menarik dan mahu dijual dalam Dollar? Hantarkan ke sini.

Sumber: BoredPanda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram