Siapa yang tak kenal Virgil Abloh yang merupakan pengasas jenama Off-white™ yang teramat hype . Beliau telah memberi inspirasi kepada banyak pereka untuk membuat produk menggunakan tipografi ikonik dan label jenama berkenaan. Antara produk yang telah dihasilkan mengikut identiti Off-white™ termasuklah kad kredit, kasut, LEGO, dan juga kondom.

Baru-baru ini seorang pereka bernama BLKVIS dari Jerman telah mereka bungkusan Off-white™ x McDonald’s, pembungkusan lengkap dengan rekaan Black Soul. Ia juga menggabungkan slogan ikonik dan elemen logo seperti “BIG MAC” dan “EXTRA VALUE MEAL”. Gambar asal datangnya dari foodporn untuk artikel Majalah Visual.

Agak-agak anda berapa harga menu ini dengan tambahan rekaan logo Off-white™ pada pembungkusan McDonald?

”EXTRA VALUE MEAL“ 📷 by @thisisokan / @margoagency #blkvis

A post shared by BLKVIS (@blkvis) on

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group