Tiada yang lebih mengujakan apabila karya anda mendapat perhatian orang ternama. Edmond Looi adalah artis dari Malaysia yang menghasilkan kasut custom unik dengan menjadikan kasut adidas dan Nike sebagai ‘kanvas’ untuk beliau berkarya.

Menerusi perkongsian terbaru beliau di Instagram, beliau berbangga kerana dapat menyiapkan kasut khas Nike x Off-White Presto ‘Goku’ buat bintang bola sepak Brazil, Neymar Jr!

Kasut Nike x Off- White ini direka kembali oleh Edmond untuk mengikut tema warna baju yang dipakai Goku disamping nama “Goku” di bahagian belakang kasut ini. Edmond turut menghasilkan kotak khas bersama-sama kasut ini.

Neymar sudah berkongsikan gambar kasut berkenaan menerusi story beliau di Instagram. Neymar belum lagi dilihat menyarung kasut berkenaan tetapi ianya pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

Tidak sangka Neymar adalah peminat setia Dragon Ball. Jadi untuk melihat hasil kerja custom yang lain oleh Edmond, anda boleh ikuti beliau di sini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.