Sekiranya Han Byul dari Korea berjaya memenangi program realiti ‘Big Stage’ di Malaysia, pelakon dan penyanyi Malaysia Mugen Rao pula berjaya muncul juara dalam program realiti India iaitu ‘Bigg Boss’.

Langkah permulaan Mugen Rao menyertai program Bigg Boss musim ketiga ini bermula pada 23 Jun lepas. Kehadiran beliau dalam program tersebut sekaligus menjadikan beliau peserta pertama dari Malaysia menyertai program ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mugen-Rao-Bigg-Boss-FB

Program realiti yang disiarkan pada saluran Astro Vijay ini turut menjadi tumpuan di media sosial dikalangan rakyat Malaysia berikutan kehadiran beliau  sepanjang 105 hari berlangsung.

Sebelum ini, Mugen Rao pernah mememangi tiket emas yang melayakkan beliau untuk terus ke peringkat akhir selepas melalui minggu yang penuh dengan ujian mental dan fizikal.

Album single Mugen bertajuk ‘Kayalvizhi’ yang diterbitkan pada 2016 berjaya tular di YouTube menjadikan beliau peserta yang popular dikalangan penonton program tersebut.

Untuk pengetahuan, program ini berlangsung dalam sebuah rumah unik dimana 16 perserta bakal tinggal bersama selama 105 dimana setiap aktiviti bakal dirakamkan oleh 60 buah kamera.

Para pengundi berpeluang mengundi peserta pilihan mereka sepanjang program berlangsung dimana peserta yang konsisten menerima jumlah undi tertinggi dinobatkan sebagai juara.

Screen Shot 2019-10-07 at 2.43.16 PM
Sumber: Times of India

Tahniah diucapkan buat Mugen Rao atas hasil usahanya. Pastinya nama beliau akan lebih menyinar diatas pencapaian yang diperoleh beliau sempena program Bigg Boss musim ketiga.

Selain kejayaan Mugen Rao, Neelofa baru-baru ini berjaya merangkul anugerah influencer di Monaco. Dikongsikan juga seorang lagi anak muda tempatan yang berjaya mengolah sistem penyejukan model supercar dari Itali.

Neelofa Berjaya Merangkul Anugerah ‘Influencer’ Di IAM 2019 Monaco

Lelaki Malaysia Ini Berjaya Mengolah Sistem Penyejukan Model ‘Supercar’ Dari Itali

Sumber