Seorang artis tempatan, Izat Arif difahamkan telah menerima surat amaran daripada peguam mewakili Vivy Yusoff selepas beliau menghasilkan poster parody mengandungi gambar usahawan fesyen itu.

Surat amaran tersebut yang diterima daripada peguam Vivy itu dikongsikan beliau dalam hantaran yang dibuat di laman Instagram-nya, seperti dilaporkan MalayMail.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
poster parodi
Poster parodi yang dikatakan menggunakan imej Vivy Yusoff

“Ianya telah sampai ke perhatian kami bahawa anda telah menghasilkan kembali (reproduce) imej milik klien kami Datin Vivy Yusoff tanpa kebenaran beliau.

“Anda juga menawarkan untuk menjual gambar tersebut di akaun Instagram milik anda.

“Kami dengan ini memohon agar anda memadamkan gambar itu dengan segera dan berhenti menggunakan imej klien kami […],” tulis surat amaran tersebut.

Berikut adalah perkongsian asal yang dibuat di Instagram milik Izat Arif.

Menurut laporan MalayMail, Izat adalah merupakan artis yang dikenali dengan kepelbagaian kemahiran seni seperti melukis dan ukiran halus.

Malah beliau sebelum ini juga difahamkan pernah mempamerkan hasil kerjanya di Ilham Gallery.

Poster parody itu difahamkan dihasilkan selepas beberapa dakwaan meniru hasil kerja atau plagiat  telah dilakukan oleh pihak usahawan fesyen itu sebelum ini.

Antaranya adalah apabila rekaan dan konsep yang dilancarkan oleh Vivy didakwa menciplak rekaan tudung seorang artist, Sleepylllama atau dikenali sebagai Nia Atasha dari rekaan koleksinya 2 tahun lepas.

Malah laporan sama turut menyebut perusahaan itu sebelum ini pernah terpalit kontroversi pada tahun lalu apabila dikatakan menghasilkan rekaan turban mirip yang dikeluarkan jenama Ilham Echenta.

Tuntutan untuk memadamkan hasil parody tersebut bagaimanapun tidak diterima dengan baik oleh netizen.

Malah ada juga netizen yang menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan mengganggap ianya sebagai percubaan untuk menyekat artis tersebut dan hasil kerjanya.

https://twitter.com/nanyjharon/status/1263227816805404672?s=20

Baca mengenai  kempen pelancaran produk syarikat Vivy Yusof sebelum ini didakwa kelihatan sama seperti satu kempen yang telah dijalankan oleh sebuah perusahaan indie beberapa tahun sudah di pautan di bawah. 

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Jenama dUCk

Sumber