Jika anda mengikuti YouTuber terkemuka iaitu MrBeast, beliau sedia memaklumkan berhubung giveaway berjumlah $10,000 (~RM44,785) buat pengikut yang bertuah menerusi Instagram.

Siapa sangka salah seorang daripada 10 pemenang giveaway tersebut merupakan seorang artis visual dan pereka grafik yang berasal daripada Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi Instagram @Meyyen_ atau nama penuhnya Sheryl Tan berkongsi bahawa berjaya terpilih sebagai salah seorang pengikut yang memenangi hadiah wang berjumlah $10,000 (~RM44,785).

Sumber Gambar: IG @meyyen_

Difahamkan MrBeast mengadakan giveaway tersebut bersempena sambutan hari lahirnya pada 7 Mei lalu. Beberapa syarat yang ditetapkan untuk memenangi hadiah tersebut seperti mengikuti akaun MrBeast, kongsikan hantaran tersebut pada IG Story dan tag seseorang pada bahagian komen.

MrBeast mengatakan bahawa akan memilih pemenang di dalam tempoh 72 jam selepas tamat tempoh pertandingan. Menjelang 11 Mei lalu, YouTuber itu telah berkongsi 10 pemenang bertuah menerusi IG Story dengan memperlihatkan tangkap layar akaun yang terpilih.

Nampaknya tuah menyebelahi beliau yang mana berjaya terpilih daripada lebih 30 juta pengikut ikon tersebut. Menariknya, Sheryl turut menggunakan bakat seni yang sedia ada untuk membuat satu illustrasi khas yang menyerupai hantaran gambar MrBeast pada akaun peribadinya.

Walaupun dianggap mustahil bagi sesetengah orang, tidak salah untuk mencuba kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tahniah diucapkan buat para pemenang yang bertuah menerusi giveaway tersebut.