Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DOT) bertindak menggantung 44 penerbangan ke China yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan China dari 30 Januari hingga akhir Mac. Bagi pemerhati, ini adalah tindakan balas dendam oleh AS selepas Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) membatalkan 44 penerbangan ke AS.

Sekatan akan dikenakan ke atas Air China Ltd., China Eastern Airlines Corp., China Southern Airlines Co. dan Xiamen Airlines Co. Kebanyakan penerbangan yang digantung adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX), lapor CNN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakan penerbangan ke China dari AS telah dibatalkan dalam beberapa minggu ini di atas alasan ‘circuit breaker‘, satu peraturan yang digunakan oleh China untuk penerbangan antarabangsa. Peraturan itu, yang dikuatkuasakan pada Jun lalu memberi kuasa kepada China untuk membatalkan penerbangan masuk ke negara komunis secara automatik selama dua minggu jika lima atau lebih penumpang disahkan positif COVID-19 apabila mendarat di China. Jika 10 atau lebih penumpang diuji positif, tempoh penggantungan akan meningkat.

Kesan daripada dasar yang dikuatkuasakan oleh China, CAAC telah membatalkan 44 penerbangan ke AS yang dikendalikan oleh American, Delta dan United Airlines. Dalam perintah yang dikeluarkan pada minggu lalu, DOT menyebut bahawa undang-undang itu tidak adil, kerana penumpang yang sudah diuji negatif sebelum menaiki penerbangan boleh bertukar positif selepas tujuh hari ketibaan mereka. DOT berkata syarikat penerbangan AS yang mematuhi peraturan kerajaan China “tidak boleh dihukum jika penumpang, selepas ketibaan, kemudiannya disahkan positif COVID-19.”

China pula menuduh AS cuba membuli mereka apabila membatalkan sebahagian penerbangan dari China, lapor Bloomberg. Seorang jurucakap menegaskan bahawa dasar COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan China terbukti berkesan dan meminta AS untuk ‘menghormati sains’. Kementerian Luar Zhao Lijian memberitahu media bahawa apa yang dilakukan oleh AS itu bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak munasabah.

Pertikaian ini telah menambah episod baharu dalam senarai isu ekonomi dan geopolitik di antara Washington dan Beijing. Ini termasuk dengan beberapa isu sebelum ini yang menambah bahang di antara dua negara.

China tuduh Amerika Syarikat punca tersebarnya COVID-19 di Wuhan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan

Selepas Huawei Gagal Berdagang Di Amerika Syarikat, China Mungkin Senarai Hitam Apple

Amerika Syarikat Bimbang China Bakal Mulakan Perang Di Angkasa Lepas