Kerajaan Amerika Syarikat didakwa telah menyalurkan dana untuk mengkaji wabak corona di Wuhan Institute of Virology, China jauh sebelum wabak itu muncul lagi. Ini memperkuatkan lagi dakwaan bahawa wabak COVID-19 sebenarnya muncul buat pertama kali di makmal Wuhan dan bukannya disebarkan dari haiwan ke manusia.

Menerusi pendedahan The Intercept yang memperoleh satu dokumen rahsia mengandungi lebih 900 halaman dan dikeluarkan bersama-sama dengan litigasi The Intercept’s Freedom of Information Act terhadap Institut Kesihatan Nasional (NIH), sebuah agensi negara AS untuk penyelidikan bioperubatan dan kesihatan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dokumen tersebut menyatakan bahawa dana tersebut mengalir melalui EcoHealth Alliance, sebuah organisasi kesihatan AS yang menggunakan wang persekutuan untuk meneliti coronavirus di makmal yang terletak di China.

Gary Ruskin, seorang pengarah eksekutif US Right To Know, sebuah kumpulan yang meneliti asal-usul wabak COVID-19 berkata bahawa penyelidikan ini berisiko tinggi sehingga membawa manusia kepada situasi semasa.

EcoHealth Alliance dikatakan telah menerima geran berjumlah USD$ 3.1 juta, dengan USD$ 599,000 disalurkan ke Institut Virologi Wuhan, China. Dokumen tersebut juga menyebut ada penyelidikan dari EcoHealth untuk menyaring ribuan sampel kelawar bagi tujuan untuk mencari coronavirus yang baru. Penyelidik juga turut menyaring orang yang bekerja atau mempunyai hubungan rapat dengan haiwan tersebut.

Selain itu, dokumen terbabit turut menunjukkan bukti bahawa wujud penyelidikan di Wuhan, termasuk eksperimen yang melibatkan tikus atau bahagian tubuh manusia yang lain. Bagaimanapun, eksperimen itu dikatakan berlaku di makmal tahap 3 di pusat eksperimen haiwan Universiti Wuhan – bukan di Institut Virologi Wuhan.

Sebelum berlakunya pandemik, ramai saintis yang prihatin mengenai potensi bahaya yang mampu ditimbulkan oleh eksperimen terbabit. Dan lebih ironinya, dokumen tersebut turut menyatakan perkara sama bahawa para saintis sedar dengan risiko yang bakal dihadapi melalui projek terbabit.

“Kerja lapangan melibatkan risiko tinggi untuk terkena SARS atau CoV, ketika bekerja di gua dengan kepadatan kelawar yang ada di atas kepala dan potensi untuk menyedut debu tinja,” kata dokumen tersebut seperti yang dikutip oleh The Intercept.

Dengan pendedahan ini, Senator AS Rand Paul mengatakan bahawa Ketua Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID) AS Dr Anthony Fauci berbohong semasa memberi keterangan kepada Kongres, lapor Mint. Fauci sebelum ini menafikan dakwaaan bahawa wujud suntikan dana dari AS.

Memetik laporan itu, Senator AS untuk Kentucky mengatakan bahawa dia telah meminta Jabatan Kehakiman untuk mengkaji semula keterangan Fauci kerana berbohong kepada Kongres. “Saya sudah meminta DOJ untuk menyelidik keterangan Fauci karena berbohong kepada Kongres. Laporan ini harus menjelaskan dengan jelas bahawa dia perlu dipertanggungjawabkan,” kata Paul.

China pada awal tahun lalu menuduh Amerika Syarikat sebagai negara yang menjadi punca tersebarnya COVID-19 di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Tuduh Amerika Syarikat Punca Tersebarnya COVID-19 Di Wuhan

Wartawan China ‘Hilang’ Selepas Dedah Situasi Sebenar Di Wuhan

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus