Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jabatan Kehakiman (DoJ) AS kini sedang giat mencari maklumat mengenai aset yang dikaitkan dengan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Malay Mail.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM21 juta) sebagai pertukaran untuk maklumat yang membawa kepada rampasan, sekatan, dilucuthakkan atau penghantaran balik aset-aset ini.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menurut laman web Jabatan Perbendaharaan AS, aset mesti berada dalam akaun di institusi kewangan AS (termasuk cawangan di institusi kewangan asing) atau dalam pemilikan atau kawalan seseorang di AS.

Jika maklumat itu membawa kepada mana-mana rampasan ini, pemberi maklumat layak untuk mendapat ganjaran.

Seorang bekas pekerja Goldman Sachs kini dibicarakan di New York selepas dia didakwa membantu mencuci ratusan juta dolar AS yang dirompak daripada dana kekayaan negara 1MDB.

Roger Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, dituduh bersubahat untuk mencuci wang dan melanggar undang-undang anti-rasuah. Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Bekas majikannya Timothy Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah pada 2018 atas konspirasi untuk mencuci wang, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), sebahagiannya dengan membantu membayar AS$1.6 bilion (RM6. 7 bilion) dalam bentuk rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Dia kini memberi keterangan terhadap Ng sebagai saksi utama kerajaan AS.

Beli rumah untuk tutup rahsia 1MDB, aset Rohana Rozhan kini dibeku SPRM. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM

Ejen FBI Dakwa Jho Low ‘Songlap’ RM5.97 Bilion Dana 1MDB

Nooryana Najib Jawab Leissner Hanya Bantunya Dapat Jawatan ‘Intern’ Di London