Sekiranya anda mengikuti perkembangan di media sosial, pastinya anda cukup tahu di mana aplikasi Clubhouse antara yang menjadi bualan ketika ini. Bermula daripada kaedah penerimaan pengguna baharu, tabiat pengguna sehinggalah kepada topik yang dibincangkan dalam aplikasi berkenaan.

Buat anda yang pertama kali mengetahui mengenai aplikasi ini, Clubhouse merupakan aplikasi berasaskan audio di mana orang ramai mampu berhubung bersama pengguna lain seluruh dunia dalam membincang, bercerita mahupun mengembangkan idea berdasarkan topik atau room disertai.

clubhouse-app-main
Sumber: knowtechie

Apa yang membuatkan Clubhouse tampil eksklusif pada ketika ini sudah pastinya disebabkan penawarannya yang cuma terdapat pada platform iOS sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna Android masih belum dapat menggunakan aplikasi ini. Selain itu, Clubhouse memerlukan pengguna yang sudah mendaftar untuk menawarkan ajakan atau invitation kepada pengguna yang mahu turut serta.

Penawaran invitation yang terhad buat pengguna baharu serta peningkatan orang ramai yang berminat dengan aplikasi ini secara tidak langsung membuatkan jemputan ke aplikasi Clubhouse menjadi berharga.

Screenshot 2021-02-18 at 11.05.43 AM

Screenshot 2021-02-18 at 11.05.28 AM

Siapa sangka, jemputan ke aplikasi ini sudah mulai ditawarkan pengguna Clubhouse dengan harga penawaran bermula serendah RM5 sehingga RM100 pada platform Carousell.

Buat pengguna yang mahu menyertai Clubhouse tanpa mahu berbelanja, anda boleh dapatkannya menerusi ajakan daripada rakan atau pengguna yang sudah menyertai aplikasi ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi Clubhouse yang dipopularkan Elon Musk dengan klik pautan di bawah.

Apa Itu Clubhouse? Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk

Bekas Pekerja Kongsi Budaya Kerja Tidak Sihat Sepanjang Di Tesla