Bila sebut pasal Yakuza, mesti akan terbayang gengster yang penuh dengan tattoo dan kadang-kadang pakai suit kemas kan?

Tapi tahukah anda, Yakuza ini sebenarnya adalah sindiket paling organized dan berteknologi di dunia? Jangan main-main, Jepun punya gengster pun berteknologi dan maju selari dengan perkembangan masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Maksud nama Yakuza

yakuza zunita 1
Yakuza biasanya muncul ketika festival dan mempamerkan tattoo di badan dengan megah

Yakuza sebenarnya berasal dari perkataan Jepun, ya-ku-sa iaitu nombor 8-9-3, di mana kombinasi ini adalah kombinasi total nombor paling teruk dalam permainan kad Jepun. Jadi tak hairanlah kalau perkataan “yakuza” juga membawa maksud good for nothing.

Yakuza dikatakan berasal dari ronin (samurai yang tak bertuan) masa abad ke-17 dulu. Tapi sekarang ini yakuza ada banyak kumpulan, kumpulan paling besar adalah Yamaguchi, diasaskan pada 1915, dan fully developed lepas Perang Dunia Kedua oleh Takao Kazuo.

bossgang
Kenichi Shinoda, ketua kumpulan Yamaguchi; yakuza terbesar di Jepun

Menariknya, keahlian yakuza itu sendiri tidak salah dalam undang-undang Jepun. Sebab itu mereka boleh keluar selamba sahaja di festival mana-mana in public. Dan jangan terkejut ya kalau office yakuza ini boleh nampak terang-terangan sahaja dekat kawasan awam. Cuma bila kita nampak office yakuza dekat kawasan tu, kita tahulah kawasan tu adalah yakuza territory.

Jadi kalau anda seorang penyeluk saku, hati-hati kalau nak buat kerja di kawasan ini. Orang kata lebih baik kena tangkap dengan polis, daripada kena tangkap dengan yakuza, tak gitu? Haha. Jadi tidak hairanlah kalau kawasan ‘jagaan’ yakuza ni lebih ‘selamat’ dengan jenayah kecil berbanding tempat lain.

Jadi, yakuza ini buat apa sebenarnya?

yakuza suits 2
sekumpulan Yakuza berpakaian kemas

Yakuza ini adalah sindiket antarabangsa. Dia bukan beroperasi kat Jepun sahaja, dia punya operasi satu dunia. Sebagai gengster, semestinya benda yang mereka buat tak berapa baik antaranya seludup manusia, pelacuran, perjudian, ceti haram, edar dadah dan banyak lagi. Semua ni adalah bisnes mereka.

Menariknya, walaupun yakuza ni edar dadah, tapi sebenarnya mereka tidak hisap dadah pun. Sebab yakuza tahu dadah memang tidak akan bawak apa-apa benefit pun malah boleh melumpuhkan kumpulan mereka. Gengster pun tahu dadah tu bahaya, orang biasa sahaja yang gatal hisap dadah.

Walaupun yakuza ni basically jahat, tapi mereka pun ada buat ‘amal kebajikan’ tahu. Ha, benda ini yang buat kedudukan yakuza dalam masyarakat Jepun ni agak complicated sebenarnya.

Contoh, masa gempa bumi Kobe tahun 1995 dan kejadian tsunami tahun 2011, yakuza adalah antara yang terawal pergi membantu mangsa. Sebabkan yakuza ni banyak connection, jadi bantuan mereka sangat cepat sampai. Yakuza even sewa fasiliti dan helikopter lagi untuk selamatkan orang dengan sangat cepat masa insiden gempa bumi Kobe tahun 1995.

Namun sekarang ini, yakuza sudah jarang libatkan diri dalam jenayah keganasan. Mereka lebih kepada ‘bisnes’ macam ceti haram gitulah. Benda ni menjadikan yakuza adalah kumpulan jenayah paling kurang membunuh di dunia.

Kesimpulannya, adakah yakuza ni penjenayah yang baik ala-ala Robbin Hood, atau sebenarnya monster dalam pakaian suit? Pada saya baik macam mana pun, matlamat tetap tak halalkan cara. Begitulah.

Ini beberapa lagi artikel berkaitan negara Jepun yang anda boleh teruskan bacaan. Klik pada pautan di bawah.

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK

Bagaimana One Piece Berjaya Bangunkan Kembali Bandar Kumamoto Di Jepun

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Maksud Sebenar Bagi Pelekat Kereta Jepun