Pelakon dan penyanyi terkenal, Danny X-Factor memaklumkan dia lebih suka mencari kerja part time dengan memandu Grab kerana pendapatannya agak lumayan.

“Saya sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang menyelamatkan saya ketika pandemik berlaku dulu,” katanya menerusi BH Online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa menambah, dia telah membuat semua pekerjaan seperti memandu Grab, menjual burger, minyak masak dan banyak lagi pekerjaan yang menguntungnya.

Selain itu, dia mengatakan dia tidak malu sama sekali dengan pekerjaan itu kerana kesemua pekerjaan itu halal dan tidak menipu orang.

Sementara itu, Danny menyatakan dia bekerja sebagai pemandu Grab sejak 2017. Semasa pandemik, isterinya bekerja sebagai pramugari dan tidak ‘terbang’ jadi gaji pun tiada, dia mengambil kesempatan untuk menjadi pemandu Grab, pekerjaan itu menyelamatkannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya.

“Saya seronok menjadi pemandu Grab kerana pekerjaan tersebut menyenangkan hati saya, namun kini saya terpaksa berehat memandu Grab kerana sibuk berlakon.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

Bahkan, dia berkata tidak sabar habiskan cepat pengambaran kerana mahu memandu Grab. Walau bagaimanapun, dia terpaksa berhenti memandu Grab.

Danny amat bersyukur dengan rezeki yang datang tidak putus malah terpaksa berhenti memandu Grab disebabkan banyak ‘job’ lakonan yang datang dan pekerjaan lain dalam industri seni.