Sebut mengenai Pulau Pinang pasti ramai yang sudah membayangkan keenakan makanan di negeri ini yang turut digelar sebagai syurga makanan di Malaysia. Menawarkan seleksi makanan terdiri daripada nasi kandar, char kuey teow, roti canai dan pelbagai lagi hidangan lain membuatkan orang ramai sanggup untuk ke Pulau Pinang semata-mata untuk food hunting.

Terbaharu, menerusi senarai yang dikeluarkan CNN, di sebalik ribuan hidangan di dunia, media ini telah memilih asam laksa di Pulau Pinang sebagai hidangan ketujuh terenak dunia. Lebih mengejutkan, hidangan ini turut berjaya mengalahkan hidangan tradisi Thailand iaitu Tom Yam serta manisan kegemaran ramai iaitu aiskrim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Penang-Asam-Laksa-with-Fish-Flakes01
Sumber: Organic & Fresh Food industries

Mengulas mengenai hidangan asam laksa, hidangan yang terdiri daripada gabungan ikan, asam, serai, lengkuas, cili serta beberapa bahan rahsia ini antara yang membuatkan hidangan ini menjadi kegemaran ramai.

Meskipun hidangan ini bukanlah hidangan paling popular di Pulau Pinang menurut rakyat Malaysia, asam laksa Pulau Pinang berjaya menarik perhatian CNN untuk menyertakannya pada tempat ketujuh. Berikut merupakan 10 makanan terenak berdasarkan senarai yang dikeluarkan CNN. Adakah makanan kegemaran anda turut tersenarai?

1. Massaman curry, Thailand
2. Neapolitan pizza, Italy
3. Cokelat, Mexico
4. Sushi, Japan
5. Peking duck, China
6. Hamburger, Germany
7. Asam Laksa Pulau Pinang, Malaysia
8. Tom yam goong, Thailand
9. Aiskrim
10. Chicken muamba, Gabon

McDonald’s pada minggu ini telah memperkenalkan menu terbaru sekaligus menjadi trending iaitu Sea Salt McFlurry.

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

Gara-Gara Video Nabila Huda Viral, Ayam Goreng McD Kembali Menjadi Hangat Di Pasaran

Sumber