Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.

Baru sahaja diumumkan sebentar tadi oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 5% seunit beserta bonus 0.5% seunit menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak 5.5 seunit.

EMDKNcqUYAA0enS

Menurut Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak baik pada ketika ini antara yang memberi kesan kepada jumlah agihan ASB pada tahun ini. Berikut merupakan jumlah agihan ASB sejak 1990.

41545400967_freesize (1)
Sumber: Astro Awani

Berdasarkan jumlah dividen yang diumumkan, para netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jumlah dividen rendah yang diumumkan. Tidak kurang juga yang berpendapat jumlah dividen yang diumumkan sudah cukup baik melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa. Berikut antara komen netizen mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan.

https://twitter.com/hmmokayokay/status/1207192857284632578

Pada tahun lalu, pihak PNB pernah menyatakan hampir kesemua dana PNB dilaburkan di dalam negara. Turut dikongsikan, mengenai persoalan apakah pembiayaan ASB merupakan komitmen atau pendapatan.

Hampir Kesemua Dana PNB Bernilai RM297 Bilion Dilaburkan Di Dalam Negara

Apakah Pembiayaan ASB Itu Komitmen Atau Pendapatan