Pada hari semalam terjawablah semua persoalan mengenai model terbaharu Perodua Axia 2023 yang dinanti-nantikan oleh orang ramai selama ini. Difahamkan model hatchback itu telah menerima lebih 3,500 unit tempahan selepas pra-tempahan dibuka pada 1 Februari lalu.

Perodua cukup terkenal sebagai pengeluar kenderaan tempatan yang sangat menitikberatkan keselamatan penggunannya. Dalam satu perkongsian ASEAN NCAP melalui laman web rasminya, model Perodua Axia 2023 telah menerima 4 bintang dalam ujian kemalangan yang telah dilakukan terhadap kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Varian model yang digunakan dalam ujian tersebut merupakan 1.0L SE, dilengkapi dengan dua beg udara pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

Sumber Gambar: ASEAN NCAP

Model Axia 2023 menerima jumlah skor sebanyak 73.55 mata dengan pecahan markah seperti berikut —

  • – Adult Occupant Protection (AOP): 25.65/32 mata
  • – Child Occupant Protection (COP): 43.43/51 mata
  • Safety Assist: 16.50/21 mata
  • Motorcyclist Safety: 7/16 mata
  • Sumber Gambar: ASEAN NCAP

Antara ciri-ciri keselamatan yang disediakan oleh pihak Perodua sehingga model Axia 2023 layak mendapat pengiktirafan 4-Bintang di bawah protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025 adalah Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Warning, Forward Collision Warning, Lane Keep Assist, Rear Cross Traffic Alert, Anti-Lock Braking System, Blind Spot Detection dan Electronic Stability Control (ESC).

“Ini adalah kali kedua Perodua Axia menjalani penilaian ASEAN NCAP. Yang pertama dijalankan pada 2014 di mana hatchback itu mencapai penarafan 4 Bintang untuk kedua-dua kategori AOP dan COP.

“Di bawah protokol penilaian 2021-2025 semasa, Axia baharu menjalani penilaian yang ketat dengan dua kategori penilaian tambahan. Ia mencapai penarafan maksimum 5 bintang untuk kategori AOP, COP dan Safety Assist (SA),” petik kenyataan rasmi ASEAN NCAP.

Bagi anda yang berhasrat untuk melihat lebih dekat dan mencuba sendiri model Axia 2023 ini, bolehlah lawati pusat pameran dan jualan Perodua yang berhampiran dengan anda.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber