Bagi yang biasa berkunjung ke Subang Jaya SS15, pasti pernah makan di sini. Kalau tidak pernah makan pun, pasti pernah lalu di Asia Cafe. Berita sedih buat peminat Asia Cafe kerana medan selera ini akan tutup operasi sebelum hujung tahun ini.

Asia Cafe memang terkenal sebagai tempat untuk melepak terutamanya kalau ada perlawanan bola sepak English Premier League (EPL) hujung minggu. Kalau semasa World Cup atau Euro Cup, memang Asia Cafe jadi tempat pilihan peminat bola sepak menyokong pasukan kegemaran mereka. Kalau hari-hari biasa pun, ramai yang berkunjung ke Asia Cafe kerana pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut World Of Buzz, kerana faktor pembangunan di SS15 yang pesat, Asia Cafe terpaksa memberi laluan untuk pembangunan baharu. Bangunan Small-Office Home-Office (SoHo) akan dibina di tapak Asia Cafe. Dikhabarkan juga Asia Cafe mungkin akan ditutup seawal 31 October ini.

Makin padatlah SS15 selepas ini kalau terbinanya SoHo ini. Bagi setia menyokong Asia Cafe selama 14 tahun ianya beroperasi, sempatlah untuk layan EPL dalam beberapa minggu lagi di sana. Pastinya kami akan merindui Indomee goreng lejen di Asia Cafe ini. Nak kena berkunjung nanti untuk tanya di mana pula mereka buka kedai selepas ini.