Minuman apa yang sedap dipadankan dengan nasi lemak? Semestinya teh tarik, minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Selepas kejayaan model GEL-Kayano™ 5 OG ‘Nasi Lemak’ (2019) dan GEL-LYTE™ III ‘Kuala Lumpur Twin Towers’ (2020), butik HUNDRED% bersama SneakerLAH kembali dengan satu lagi model kolaborasi edisi terhad bersama ASICS bertemakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemilihan warna dan material pada kasut ini sangat-sangat menarik dan pastinya mengingatkan anda kepada minuman kegemaran ramai ini. Perkataan ‘LAH’ ditulis di bahagian hadapan kasut serta logo ASCIS di bahagian sisi juga boleh ditarik keluar dan digantikan dengan logo velcro lain yang turut hadir bersama kasut ini.

ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ turut akan hadir dengan packaging khas, sama seperti packaging teh tarik instant yang biasa anda nampak di kedai runcit!

Sekiranya anda sudah mengumpul kasut edisi terhad Nasi Lemak dan KLCC, sudah semestinya Teh Tarik ini perlu ada dalam koleksi anda. ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ akan dijual pada harga pasaran RM699 dan dilancarkan pada 3 Disember ini di HOME Concept Store dan 4 Disember secara raffle di SneakerLAH.com.