Sempena ulang tahun hari jadi ke-100 pengasas jenama kasut yang berasal dari Jepun iaitu ASICS iaitu Kihachiro Onitsuka, jenama ini bakal menghasilkan kasut khas yang eksklusif untuk beliau dengan memilih motif rekaan bunga Matahari-hued gear.

Rekaan bunga matahari ini didatangkan dengan campuran warna merah, oren dan kuning yang merupakan inspirasi daripada pengasas sendiri yang menyukai lukisan artis terkenal iaitu Vincent Van Gogh. Warna gelap pula mewakili hasratnya untuk menggalakkan orang ramai untuk menentukan masa depan mereka seperti bunga matahari yang disinari cahaya matahari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak tiga model kasut bakal dijual secara rasmi oleh mereka pada 29 Mei ini sempena ulang tahun pengasas. Antara tiga model itu ialah ASICS GEL-Mai dijual dengan harga $140 (RM 557), GEL-Quantum 360 $170 (RM 676.35) dan Onitsuka Tiger Corsair $120 (RM 477.42).

Setiap pembelian ini $10 (RM39.78) akan disumbangkan pada Organisasi Right To Play yang menaja kanak-kanak Lubnan selama 10 minggu untuk bersukan.

https://www.youtube.com/watch?v=eVv2WoH2Z20