Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dimana nasi dihidangkan bersama sambal ikan bilis istimewa, ikan bilis goreng, kacang goreng, timun dan telur rebus serta dibungkus dengan daun pisang.

Aroma dan rasa nasi lemak sungguh memukau. Terbaharu, ASICS telah berkolaborasi dengan Hundred% dan Sneakerlah hadir dengan koleksi kasut edisi terhad yang berinsipirasikan daripada nasi lemak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2D5A0652

Model GEL-Kayano 5 dipilih untuk kolaborasi ini dan 5 warna utama digunakan iaitu merah, kuning, hijau dan putih bagi melambangkan nasi lemak. Malah, menariknya pada bahagian belakang kasut ini, kelihatan seolah-olah ada telur sebenar.

Untuk pengetahuan anda, model GEL-Kayano 5 terkenal sebagai kasut paling selesa. Anda boleh dapatkan kasut yang berharga RM599 pada 5 dan 6 Oktober 2019 melalui laman sesawang ini.

2D5A0593

2D5A0473-1

Adalah diingatkan bahawa kasut ini terhad kepada 500 pasang kasut sahaja dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang ini. Jika berminat, jangan lepaskan peluang kelak apabila jualan telah dibuka.

Tahukah anda bahawa KFC telah berkolaborasi dengan Pestle Mortar hadir dengan koleksi pakaian yang ‘awesome’?

KFC Malaysia Bakal Lancar Koleksi Pakaian Edisi Khas Bersama Pestle Mortar

Nike Perkenalkan Koleksi ‘Spongebob Squarepants’ Sempena Ulang Tahun Ke-20

Vocket Review: Asics Gel-Quantum 360 Shift

Sumber