Siapa di sini penggemar Drama Spontan di YouTube? Bagi anda yang tidak tahu, drama spontan adalah satu drama berdialek Kelantan yang penuh dengan unsur nasihat tetapi dalam masa yang sama kelakar dan menghiburkan.

Terbaharu, berlaku pertelingkahan antara Syahmi Sazli dan Asif serta dikhabarkan bahawa Asif mungkin tidak akan muncul lagi dalam drama spontan tersebut. Hal tersebut diberitahu oleh Syahmi sendiri di Instastory miliknya dan dia ‘buka mulut’ kenapa Asif sudah jarang bersama beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-09-02_10-10-19

Menurut Syahmi, terdapat pihak ketiga yang muncul secara tiba-tiba selepas Asif terkenal dan mengaku menjadi ‘penjaga’ kepada Asif dan menyebabkan hubungan antara mereka renggang. Penjaga tersebut dikhabarkan tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima oleh Asif.

Menurut Syahmi, bayaran yang diterima oleh Asif boleh dikatakan tidak dinikmati oleh Asif. Paling pelik apabila kadangkala Asif kerap minta duit dan handphone yang dibelikan oleh Syahmi kepada Asif turut dijual.

https://www.instagram.com/p/B14DgPQlY-r/

Berikutan itu, penjaga Asif juga telah membalas kenyataan pihak Syahmi di Instastory milik Asif.

Menurutnya penjaga tersebut, apa yang berlaku tidaklah seperti yang pihak Syahmi ceritakan. Beliau turut mendakwa ada bayaran yang sepatutnya diterima Asif disekat oleh pihak Syahmi.

photo_2019-09-02_10-10-14

Malah, penjaga tersebut juga mengatakan bahawa dia tidak mengambil duit Asif langsung dan tidak pernah menggunakan populariti Asif untuk mempromosikan produk yang dijualnya. Dia hanya pernah minta tolong sekali tetapi membayar Asif dan bukannya menggunakan khidmat Asif secara percuma.

Harap kedua-dua pihak dapat bersemuka dan menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik. Peminat pasti mahu melihat gandingan Syahmi dan Asif diteruskan untuk drama spontan yang akan datang.

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel yang ‘hits’ dan menarik yang anda boleh baca.

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia