Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengumumkan Datuk Asri Hamidon dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat berkuat kuasa 25 Jun 2018.

1MDB turut membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) baharu dengan anggotanya terdiri daripada Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman bagi melancarkan kembali urusan 1MDB.

Asri Hamidon juga merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan kerajaan.

Kementerian itu berkata, jawatankuasa tersebut diberi amanah dan kepercayaan oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi harian syarikat. Semoga Exco dan pengerusi baharu 1MDB dapat menjalankan urusan dengan amanah dan penuh dedikasi selepas ini.

Sumber