Kecoh di media sosial sejak 25 Ogos lalu apabila tular klip seorang penerima vaksin dihalang seorang pegawai untuk membuat rakaman mendapat suntikan vaksin. Isu tersebut menjadi tular selepas dimaklumkan beliau dihalang pegawai berkenaan gara-gara YB Khairy Jamaluddin sudah letak jawatan sebagai menteri.

Dalam pada itu, larangan berkenaan hanya berlaku di PPV berkenaan manakala PPV lain masih lagi dibenarkan untuk membuat rakaman menurut netizen lain yang mendapatkan vaksin.

Dua hari menantikan jawapan, segalanya terjawab pada hari ini apabila YB Khairy Jamaluddin yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia tampil dengan sebuah tweet ringkas terhadap isu yang berlaku sekaligus menjadi antara tweet terawal beliau selepas menyandang jawatan baharu.

Tweet ringkas beliau dengan memberi salam sekaligus menandakan beliau mengambil maklum terhadap isu yang berlaku nyata membuat para netizen terhibur.

Tidak kurang juga yang beranggapan pegawai tersebut dalam ‘bahaya’ berikutan lantang melarang penerima vaksin membuat rakaman kerana YB Khairy Jamaluddin sudah meletak jawatan pada ketika itu.

Senarai barisan Kabinet Menteri dalam Keluarga Malaysia

Menerusi pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebentar tadi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi diumumkan sebagai Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilantik sebagai Menteri Kanan – Menteri Pertahanan manakala Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Menteri Kanan – Menteri Pendidikan.

YB Idris Ahmad telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Datuk Seri Adham Baba yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Kesihatan kini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Diharap para jemaah yang diamanahkan tugas menjawat portfolio masing-masing dalam menjalankan tugas sebaiknya dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus dalam mengurangkan isu melibatkan pandemik COVID-19.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan seorang penerima vaksin bersama seorang pegawai di Johor dengan klik pautan di bawah.

Dakwa Menteri PICK Sudah Letak Jawatan, Lelaki Ini Dihalang Rakam Ketika Dapatkan Suntikan

Samakan Penerima Vaksin Dengan Lembu, PU Syed Mahu PDRM Ziarah Suhaimi Saat

Anda Mungkin Suka