Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam saya pergi menonton filem Assassin’s Creed yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Pada mulanya saya sangat excited kerana filem ini dibintangi dua pelakon favourite saya, Marion Cotillard dan Michael Fassbender. Lebih-lebih lagi filem ini adalah adaptasi dari sebuah permainan video yang terkenal. Dua faktor ini sudah cukup untuk buat peminat tertarik pada filem ini. Tetapi bagaimana pula peminat menerima filem ini selepas menontonnya?

Sedikit sinopsis untuk filem ini. Filem ini menceritakan Cal Lynch (Michael Fassbender) yang mengembara kembali ke kurun ke-15, di mana Cal mewarisi darah Aguilar de Nerha, nenek moyang beliau yang merupakan seorang Assassins, sekumpulan pahlawan yang melindungi Apple of Eden dari sebuah organisasi yang berniat jahat, Templar Order. Sophia Rikkin (Marion Cotillard) adalah insan yang bertanggungjawab di Abstergo, fasiliti yang membolehkan Cal mengembara sebagai Aguilar.

Assassin’s Creed adalah permainan video oleh Ubisoft dan menurut pereka content untuk permainan video ini, Aymar Azaïzia filem ini mempunyai jalan cerita yang baru tetapi dengan watak-watak yang sedia ada dalam universe Assassin’s Creed. Animus, mesin untuk Cal mengimbau kembali ingatan nenek moyangnya telah direka kembali untuk filem ini. Animus kali ini lebih awesome apabila ianya boleh mengangkat Cal ke udara dan memberikan feel moden untuk Animus. Antara sebab utama Animus direka kembali adalah supaya ianya tidak dibandingkan dengan kerusi dalam filem The Matrix.

‘Animus’ dalam Assassin’s Creed

THE MATRIX, Carrie-Anne Moss, Keanu Reeves (1999).

Satu fakta menarik dalam filem ini adalah aksi signature ‘Leap Of Faith’ yang dilakukan oleh stunt double Fassbender, Damien Walters. Pihak produksi tidak mahu menggunakan elemen CGI dalam lompatan ini dan ianya dilakukan secara live pada ketinggian 38m. Freefall ini adalah lompatan paling tinggi oleh seorang stuntman dalam jangkamasa 35 tahun untuk sesebuah filem Hollywood.

Dalam review ini, saya akan bahagikan filem ini kepada dua bahagian, positif dan negatif. Terus terang saya tidak pernah bermain permainan video ini tetapi menurut rakan-rakan gamer saya, filem ini adalah antara karya terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Ubisoft. Review ini mungkin mempunyai spoiler dan tabahlah jika anda masih belum tonton filem ini.

Positif

Pemilihan watak utama. Pemilihan pelakon untuk filem ini adalah yang terbaik. Saya memang peminat setia Michael Fassbender dan Marion Cotillard. Tarikan mereka berdua ini membuatkan saya pergi juga ke pawagam untuk menonton filem ini di pawagam. Gabungan franchise Marvel dan DC Comics juga sebenarnya gandingan ini. Kalau yang masih belum perasan, Fassbander adalah Magneto dalam siri X-Men dan Marion pula Talia al Ghul dalam filem The Dark Knight Rises.

CGI dan aksi parkour. Disebabkan kebanyakkan timeline filem ini adalah pada kurun ke-15, pereka grafik untuk filem ini perlu mereka kembali set kota Sepanyol pada kurun ke-15 dan ianya sangat cantik dan hebat! Ditambah lagi dengan aksi parkour oleh geng Assassins buat anda rasa seperti anda berada sendiri dalam filem ini. Costume para Assassins juga sangat awesome dan sama seperti yang ada dalam versi permainan video.

Negatif

Jalan cerita. Sebenarnya jalan cerita filem ini straight forward sahaja dan disebabkan tiada elemen lucu langsung dalam filem ini, filem ini menjadi bosan along the way. Tahniah buat Assassin’s Creed kerana buat saya terlelap sebentar dalam pawagam; sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada saya. Semua cerita Christopher Nolan dapat saya hadam walaupun ceritanya slow dan serius, tetapi entahlah. Filem ini tidak dapat menarik minat saya 100%.

Penamat. Ending filem ini juga nampaknya tergantung. Ianya sengaja dibuat begini oleh 20th Century Fox untuk menanti respon dari penonton. Kalau respon positif, kemungkinan besar akan ada sambungan untuk filem ini. Jika respon negatif abaikan sahaja dan biarkan ianya tergantung. Berdasarkan kutipan setakat ini, memang tipis untuk kita lihat sambungan untuk filem ini. Filem ini hanya mencatat kutipan USD4.6 juta pada minggu pertama tayangannya di Amerika. Ianya jumlah yang sangat kecil dan untuk filem ini mendapat pulangan kembali USD125 juta yang telah dilaburkan, ianya bukan satu perkara yang mudah.

Konklusinya, jika dibandingkan dengan filem adaptasi permainan video yang lain (Street Fighters, Tomb Rider, Tekken etc), Assasin’s Creed adalah filem adaptasi permainan video terbaik setakat ini dengan pemilihan pelakon yang hebat,CGI yang memuaskan dan dengan budget yang besar. Persamaan besar filem-filem ini adalah pada kepincangan plot penceritaanya. Satu perkara yang sangat sukar untuk membuat sebuah filem permainan video kerana ianya sangat sukar untuk menerjemahkan feel dan soul permainan kepada filem.

Ada rakan saya berkata, “Lagi baik tengok filem Macbeth. Pelakon sama (Marion dan Fassbander) dan direktor pun sama (Justin Kurzel).” Mungkin benar kata rakan saya itu kerana filem Macbeth mendapat respon positif cuma tidak begitu terkenal filem ini. Assassin’s Creed merupakan filem kedua gandingan Marion dan Fassbender dan dari segi chemistry, pastinya tiada masalah. Cuma plot dan jalan cerita filem ini yang bagi saya lemah menggagalkan filem ini di pentas Hollywood.

Untuk peminat tegar Assassin’s Creed. Anda boleh cuba tonton filem ini. Aksi ‘Leap Of Faith’ memang padu dan rasanya itu sahaja highlight filem ini yang mengujakan. Maaf Ubisoft dan 20th Century Fox. Saya beri rating 6/10 sahaja untuk filem ini. Agak kecewa kerana bagi saya, you guys can do better than this. Saya nak cari filem Macbeth untuk mengubat duka ini. Nasihat saya, anda boleh tunggu filem ini keluar di HBO sahaja nanti.

Anda Mungkin Suka