Untuk hidup secara normal di angkasa lepas adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dalam masa terdekat dan saintis masih mencari planet yang sesuai seperti bumi untuk didiami. Kalau ada pun, ianya terletak beberapa ratus tahun cahaya di mana kita sendiri masih tiada pengangkutan untuk ke planet berkenaan.

Dengan populasi penduduk dunia yang semakin meningkat, satu syarikat architecture dari New York hadir dengan satu solusi. Analemma Tower akan menjadi bangunan paling tinggi di dunia jika ianya menjadi kenyataan. Cuma masalahnya ianya tidak dibina di atas tanah tetapi di permukaan batu asteroid.

“Dengan meletakkan satu batu asteroid besar pada permukaan orbit bumi, kabel dengan kekuatan tegangan yang tinggi dapat diturunkan ke permukaan bumi di mana bangunan tinggi dapat dibina dan tergantung dari angkasa. Disebabkan ianya terapung, bangunan ini boleh dibina di serata dunia dan kemudiannya dihantar ke angkasa untuk dipasang,” menurut informasi dari Clouds Architecture Office.

Anamella Tower ini apabila siap, mengikut perancangan asal akan tergantung di atas kota New York. Fungsi Anamella Tower ini nanti adalah pejabat akan berada di bahagian bawah dan kediaman akan berada di bahagian atas sekali di angkasa.

Jika anda berada di tingkat paling atas, anda akan mendapat 45 minit lebih waktu pagi. Tetapi anda anda berada 32,000 meter dari permukaan bumi di mana suhu di bahagian luar adalah pada -40’C dan anda tidak boleh pun keluar ke angkasa tanpa memakai baju keselamatan.

Buat masa ini, Analemma Tower hanyalah sekadar impian dan banyak perkara yang perlu dilihat dan dikaji sebelum tower ini menjadi kenyataan. Bagaimana jika astreoid berkenaan bertembung dengan astreoid yang lain yang akan menyebabkan tower ini jatuh ke bumi? Bagaimana keselamatan penduduk tower ini sekiranya tingkap rumah mereka pecah terkena serpihan keras di angkasa? Itu antara perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Jika ianya menjadi kenyataan, inilah Elysium yang sebenar.

Sumber