‘God of Chaos’, asteroid gergasi yang dinamakan sempena nama dewa zaman Mesir Kuno akan mendekati Bumi minggu ini. Namun jangan risau, asteroid ini hanya akan melintasi Bumi pada jarak yang selamat.

Bagi sesiapa yang bimbang akan kemungkinan asteroid ini akan melanggar Bumi, ia akan terbang sekitar 43 kali jarak dari planet kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, walaupun ia tidak akan mendekati Bumi, asteroid gergasi ini masih boleh dilihat dengan menggunakan teleskop.

“Dengan teleskop canggih, anda dapat melihatnya dengan selamat dari planet kita,” kata Space.com, merujuk kepada Apophis – nama lain bagi asteroid ini – sebagai ‘asteroid sistem suria yang paling terkenal’.

Asteroid ini pertama kali ditemui pada tahun 2004 oleh ahli astronomi Roy Tucker, David Tholen dan Fabrizio Bernardi di Balai Cerap Nasional Kitt Peak di Tucson, Arizona.

Berukuran seluas 1,120 kaki (340 meter), ia diklasifikasikan sebagai ‘Asteroid Berpotensi Bahaya’ oleh Pusat Planet Minor Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Pakar di Kompleks Komunikasi Angkasa Dalam Goldstone NASA di California telah mengamati asteroid tersebut sejak 3 Mac lalu, dan akan terus melihat pergerakannya sehingga 14 Mac ini.

Untuk rekod, asteroid ini akan kembali melewati Bumi pada bulan April 2029 dan difahamkan jaraknya dengan bumi adalah dekat, bahkan ia boleh dilihat menggunakan mata kasar.

NASA dedah ada asteroid gergasi dekati bumi pada bulan Mac tahun ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Dedah Ada Asteroid Gergasi Dekati Bumi Pada Bulan Mac Tahun Ini

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Dua Pelajar Berusia 14 Tahun Dedah Ada Asteroid Yang Sedang Dekati Bumi