Aston Martin telah memperkenalkan model edisi terhad terbaru ciptaan eksklusif daripada ‘Q by Aston Martin’ yang dikenali sebagai DBS 59. Ianya dihasilkan sempena memperingati kemenangan Aston DBR1 di 24 Hours of Le Mans pada tahun 1959.

Model ini dilengkapi dengan rekaan khas sebagai penghormatan kepada DBR1 melalui penggayaan yang unik dengan bonet ‘Superleggera’ dan ciptaannya yang menggunakan kembali beberapa komponen DBR1 terdahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan pada model ini hampir serupa dengan DBS Superleggera yang mempunyai enjin berkuasa 715bhp dan mempunyai kelajuan tertinggi mencecah 340km/h. Pada ruangan dalamannya pula, ianya dihasilkan dengan menggunakan kulit Obsidian Black dan Chestnut Tan yang mencerminkan kemewahan pada model kereta tersebut.

Menariknya, terdapat beberapa sulaman khas pada bahagian belakang kerusi, penutup belakang pembesar suara dan pada bahagian sun visor yang menandakan tarikh sebenar perlumbaan untuk kemenangan DBR1.

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Aston Martin DBS 59 vckt

Model Aston Martin DBS 59 ini sudah boleh ditempah dan didapatkan mulai sekarang, namun harga untuk seunit model ini masih belum ditetapkan lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, sila layari laman web rasmi Aston Martin dengan klik di sini.