Sebut mengenai Aston Martin pastinya jenama ini tidak lagi memerlukan pengenalan untuk orang ramai mengenalinya. Berjaya berdiri teguh sepanjang lebih 100 tahun penubuhan telah membuatkan syarikat ini dikenali ramai sehingga kini.

Terbaharu, Aston Martin buat pertama kalinya dengan kerjasama bersama Brough Superior telah memperkenalkan motosikal dengan model AMB 001. Seperti keretanya, aspek premium, mewah dan tampil futuristik antara yang dititikberatkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini dilengkapi dengan enjin V-twin yang mampu menghasilkan 180 kuasa kuda. Apa yang membuatkan model ini premium adalah penggunaan materialnya yang terdiri daripada carbon fiber dan titanium. Sebanyak dua warna ditawarkan buat para pengguna iaitu Stirling Green dan Lime Essence yang sudah sinonim buat jenama ini.

Aston Martin AMB 001 sedia ditawarkan dengan harga sekitar $120,000 (RM496,080) dan cuma ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja. Para pembeli berpeluang mendapatkannya dengan tempahan khas di laman rasmi Aston Martin.

https___hypebeast.com_image_2019_11_aston-martin-brough-superior-amb-001-2

https___hypebeast.com_image_2019_11_aston-martin-brough-superior-amb-001-3

https___hypebeast.com_image_2019_11_aston-martin-brough-superior-amb-001-6

Kami kongsikan kepada anda lebih banyak lagi artikel berkaitan motosikal menampilkan Keanu Reeves dan Zeus Bomber, sebuah motosikal elektrik dengan 190 kuasa kuda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tonton Keanu Reeves Bercerita Tentang Koleksi Motosikal Miliknya

‘Zeus Bobber’, Motosikal Elektrik Futuristik Dengan 190 Kuasa Kuda