Memang tidak dapat dipisahkan model kereta Aston Martin dengan James Bond. Bagi peminat setia franchise filem ini, anda berpeluang untuk memiliki salah satu kereta edisi khas Aston Martin ‘Vanquish’ milik Daniel Craig.

Model ini diberikan kepada Daniel Craig 4 tahun lalu sempena filem ke-4 beliau sebagai agen 007 James Bond. Model Vanquish tahun 2014 ini sangat terhad kerana hanya 100 unit sahaja dihasilkan bagi menyambut ulang tahun ke-100 jenama kereta berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti nombor James Bond, Craig mendapat kereta ke-7 daripada koleksi ini. Kereta dengan warna midnight blue ini turut mempunyai kemasan kulit dengan warna biru gelap; sebagai penghormatan kepada minat Daniel terhadap denim.

Keuntungan daripada jualan ini akan disalurkan ke organisasi kebajikan The Opportunity Network, di mana Daniel sendiri adalah salah seorang direktor di dalam organisasi ini. Memang baik hati Daniel Craig ini.

Kereta ini dijangka terjual pada harga sekitar USD400,000 hingga USD 600,000 (RM1.5 juta – RM2.3 juta+-) dan kini sedang dipamerkan di showroom Christie, Los Angeles. Bidaan kereta ini akan berlangsung pada 20 April depan.

Sumber