Memasuki tahun ke-22 Astro menawarkan akses TV berbayar buat Rakyat Malaysia, kini syarikat pilihan ramai ini bakal menawarkan sebuah lagi teknologi terbaru seiring dengan penggunaan TV orang ramai pada masa kini.

Terbaru, Astro dilaporkan bercadang untuk menawarkan sokongan siaran 4K ultra HD seawal 12 Ogos ini. Difahamkan pada tersebut dua perlawanan Liga Perdana Inggeris telah dipilih untuk ditawarkan dengan definisi tinggi melibatkan perlawanan Liverpool menentang West Ham dan Arsenal menentang Man City.

Nampaknya inilah perubahan yang dinantikan orang ramai setelah Astro melancarkan siaran HD sekitar tahun 2009.

Sumber