Semalam merupakan hari terakhir saluran Mustika HD dan Bella di Astro boleh diakses oleh pelanggan Astro. Bermula October ini, dua saluran ini ditamatkan siaran oleh pihak Astro.

“Harap maklum, Astro Mustika HD (134) dan Astro Bella (133) telah menamatkan siaran pada 30 September. Terima kasih di atas sokongan dan Kesetiaan anda bersama kami,” mesej yang tertulis apabila anda membuka dua saluran ini semalam.

Mustika HD (saluran 134) ialah sebuah saluran definisi tinggi baru yang memaparkan program-program hebat seperti dokumentari, konsert, program realiti, drama, telenovela dan telefilem 24 jam sehari yang disasarkan kepada penonton Melayu. Mustika HD ialah gudang bagi program-program hebat khusus untuk penonton Melayu dalam bentuk definisi tinggi.

Astro Bella pula melihatkan tayangan drama telenovela seluruh dunia yang bersiaran 24 jam termasuklah telenovela hebat satu ketika dahulu, Yo Soy Betty La Fea.

Saluran Mustika HD dan Bella hanya bertahan selama 6 tahun. Langkah ini diambil mungkin untuk mengurangkan kos operasi syarikat berkenaan. Ada peminat setia dua saluran ini? Adakah anda akan merindui dua saluran ini?