Astro Malaysia Holdings Bhd akan melaksanakan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangannya berikutan landskap ekonomi yang semakin mencaba. Menurut Astro, langkah itu terpaksa diambil bagi membolehkan mereka meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan.

Penyedia perkhidmatan berbayar TV satelit terbesar di Malaysia itu berkata, skim tersebut ditawarkan semata-mata secara sukarela dan telah menyediakan program peralihan yang akan memberi sokongan yang tepat kepada pekerja yang memilih VSS, termasuk program latihan kejurulatihan dan peningkatan kemahiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Henry Tan berkata, persaingan terus meningkat dalam dunia yang semakin tidak bersempadan dan digital.

“Industri media dan hiburan kini beroperasi dalam persekitaran disruptif yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pemain industri dikehendak menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal relevan dalam realiti baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan pelbagai pilihan rangkaian atas talian yang ada seperti Netflix, pengguna kini mempunyai pilihan lain untuk menonton filem atau siri terbaru yang ada di pasaran. Astro juga dilihat perlu mencari jalan terbaik untuk mengembalikan kepercayaan pengguna kepada servis berbayar berkenaan.

Sumber